Welcome To Danbo World !! Budak comeii || Follow or Dashboard
♥ Life Like A Rainbow ♥
About Links Chat Entries


AmiAzi Official Blog
Duka Laraku
Wednesday, September 3, 2014 | 7:38 AM | 0 comments
Hai! Dah lama sangat tak menaip. Tiba-tiba rasa nak menaip. Tahun nie memang busy sangat sampai tak terkata. Maklum lah tahun terakhir  zaman persekolahan. Baru abis trial. Just nak share something. Kadang-kadang ada satu masa nie, bila muncul satu masalah belum selesai dah bertimbun masalah lain. Masa tu rasa macam aku la orang paling malang dalam dunia. Padahal tak sedar ada orng lain yang lagi banyak masalah. Aku rasa macam nak lari tak nak jumpa semua orng. Tapi sampai bila? Aku pun cuba memujuk hati sebab aku lebih rela memendam dari meluah. Walaupun benda tu tak bagus orang kata. Takut kelak memakan diri.

Aku rasa bila aku jatuh rasa macam susah nak bangkit. Saat tu semua benda tak menyebelahi aku.  Aku tahu aku bukan la sebaik- baik manusia. Tapi aku masih dalam proses lagi. Aku tak nak la buat sesuatu tu hanya sementara or nak tunjuk orang. Buat apa nak kejar pujian orang kalau depan tuhan kau dicela. Aku sedar dimana tahap aku. Tak kan la semata mata kerana aku nie lemah nak melampaui tahap kemampuan aku. Memang la nak berjaya perlukan usaha. Tapi kalau kita nie dah jenis kena slow-slow. Kalau kau kayuh basikal kau laju-laju pun tapi takde arah tuju akhirnya jatuh tersungkur jugak. So better kau tahu kemampuan kau sebelum nak buat sesuatu.

Paling tak suka bila dipaksa. Memang la kadang-kadang tu benda baik kena paksa buat baru akan terbiasa. Tapi bukan untuk semua perkara. Bila kita minat sesuatu benda tu baru la kita aku buat yang terbaik. Nie kalau dah paksa benda yang kita tak minat memang kelaut la jawabnya. Sometime kita  kena biar bagi ruang untuk dia buat keputusan sendiri. Takde la nanti dia nak salahkan siapa siapa. Berani ambik risko la der. Orang lain akan merasa bila benda nie terjadi pada dia je. Bukan senang nak buat benda yang kita tak suka. Perit tak terkata.

Bila semua benda dah diatur huru hara jadinya. Aku tak nafikan kita nie hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Tapi bila kita cuba terima benda tu makin lama jadi makin sukar. Bagi hilang semua harapan n tak tahu apa yang akan jadi seterusnya. Macam dah berhenti berharap. Sebab kalau berharap nanti tak jadi. Kita yang kecewa. Waktu tu kau akan rasa kenapa la aku insan yang terpilih untuk menghadapi ujian tu. Tapi waktu tu kita kena tetap melangkah walaupun sukar dan bersangka baik la pada Allah. Mungkin itu yang terbaik untuk kita. When everything goes wrong but Allah knows well.


Apa-apa pun aku harap satu masa tu semua nya akan pulih. Cuma tak tahu bila mungkin minggu depan atau bulan depan atau tahun depan atau mungkin 10 tahun lagi. Sapa tahu kan. Jalan cerita kita semua telah diatur cuma kita yang tak tahu. Semoga pengakhiran kita berakhir sebagai seorang muslim yang beriman.  Sama-sama la kita berusaha  dan yang penting doa. Doa tu senjata umat islam. 



Older Post | Newer Post