Welcome To Danbo World !! Budak comeii || Follow or Dashboard
♥ Life Like A Rainbow ♥
About Links Chat Entries


AmiAzi Official Blog
SPM 2014 Result
Thursday, March 12, 2015 | 1:05 AM | 0 comments


Assalamualaikum. okey so soalan pertama macam mana result? hehehehe. Alhamdulillah keputusan aku okey walaupun tak cemerlang. Aku redha je ngan keputusan aku sebab tu je pilihan yg aku ade. Mungkin itu yg terbaik untuk aku. tak semestinya tak dapat straight A bermaksud kau tak akan berjaya di masa akan datang. Kita mampu merancang tapi Allah yang menentukan. 

Apa pun yang berlaku aku sangat sangat bersyukur. Hanya Allah yg tahu perasaan aku masa tu. Dari mula aku memang bukan la penggemar sains. Macam macam aku buat untuk cuba suka subjek sains but aku tak berjaya. Secara jujurnya memang aku ambik sains tulen pun sebab terpaksa. Aku nie kalau jenis tak minat memang susah nak masuk. So aku memang susah nak memahami sains nie walaupun aku dah cuba. 


Pada mulanya memang la aku usaha dengan macam macam cara sehingga satu tahap aku dah penat. Sebab bukan sekali aku tempuhi kegagalan itu. Tapi dah berkali kali sehingga aku dah rasa benda tu perkara biasa. Tapi orang kata gagal sekali tidak bermaksud gagal selama lamanya. That's right. Dan akhirnya aku berjaya tempuhi kegagalan itu sebab Allah tahu apa yg kita perlu bukan ape yg kita mahu. 


Kadang kadang kau tak dapat apa yg kau nak sebab mungkin belum tiba masanya. Sebab tu la setiap perkara yang berlaku ada hikmanya. Percaya pada aturan Allah. Jadi bagi sesiapa yang masih gagal jangan putus harapan. Kegagalan yang akan membawa kejayaan di masa akan datang. Yang penting Doa Usaha Ikthiar Tawakal. Jaga hubungan dengan semua orang terutamanya ibu bapa dan guru guru.


Bila kita buat sesuatu perkara niat la kerana Allah. Walaupun terpaksa Insya Allah semuanya akan dipermudahkan.  Niat itu sangat penting dalam semua perkara. Setiap perkara yg kita niat kerana Allah mesti tak akan sis-sia.




Labels: , ,


Older Post | Newer Post